Friday, January 14, 2011

PERTANDINGAN KARAOKE

Pencarian Bintang Bazar Malam Reko Sentral telah bermula! Muat turun borang SEKARANG!

****TARIKH SARINGAN TELAH DITUNDA PADA 25HB JANUARI.


Syarat – Syarat Penyertaan:

  1. Pertandingan adalah terbuka kepada peserta yang berumur 17 tahun dan ke atas sahaja.
  2. Setiap pendaftaran dikenakan bayaran sebanyak RM20.00.
  3. Peserta yang pernah merakamkan album dengan syarikat rakaman tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
  4. Peserta hanya dibenarkan menyanyikan sebuah lagu sahaja.
  5. Peserta dikehendaki hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
  6. Peserta dibenarkan membawa VCD karaoke / CD karaoke @ memilih lagu dari pihak penganjur.
  7. Pihak penganjur berhak membatalkan peserta yang tidak menghadirkan diri pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
  8. Wang penyertaan tidak akan dikembalikan sekiranya peserta menarik diri dan tidak mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan.
  9. Peserta dimestikan berpakaian kemas semasa pertandingan.
  10. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap peserta sekiranya berlaku apa-apa kemalangan, kerosakan dan kehilangan harta benda sepanjang pertandingan dilangsungkan.
  11. Keputusan pengadil adalah muktamad.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Fairus: 01924777702
Razak: 017 2807610